AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 229 (28 MAC 2016 M / 19 JAMADILAKHIR 1437 H)
SOALAN:
Salam ustaz, saya ingin tahu 1) perlukah saya, surirumah, membayar zakat dari elaun yg suami saya beri setiap bln. Duit tersebut juga digunakan utk membayar yuran sekolah agama, tuisyen, sukan, piano, belanja makan, petrol dan perbelanjaan sekolah anak2 seramai 5 orang. 2) Suami memberi elaun ini sebagai nafkah isteri. Adakah nafkah isteri boleh digunakan utk semua perbelanjaan ini ataupun patut diasingkan? Setiap bln suami beri rm3500.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kami cadangkan untuk penyelesaian yang lebih terperinci, puan boleh merujuk kepada Pusat Zakat negeri masing-masing. Ini kerana Pusat Zakat akan mengira pendapatan ditolak dengan had kifayah (hak perbelanjaan minimum) supaya dapat diketahui yang perlu dizakat. Jika elaun yang diberi RM3,500.00 yang diberikan itu tidak mencukupi menanggung kehidupan harian keluarga, maka tidak dikenakan zakat.
Berkenaan soalan kedua, nafkah isteri merangkumi keperluan makanannya, tempat tinggalnya, dan pakaiaanya. Sebahagian ulama memasukkan keperluan kesihatan, kecantikan, dan wang saku jika adat setempat membiasakan perkara-perkara tersebut.
Wallahua`lam.