Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Solat hajat selepas solat fardu

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 149 (12 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 2 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Salam Dr,

Apa hukum jika kita selitkan solat sunat di antara solat fardhu dan solat rawatib. Contoh, selepas sembahyang fardhu isya' kita solat hajat kemudian kita solat rawatib. Sahkah solat rawatib tersebut?

 

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Sebaik-baiknya kita mengikut urutan yang diajar oleh Rasulullah SAW bahawa solat fardu diiringi dengan solat rawatib. Malah, jika dijadikan solat fardu dan solat rawatib itu sebagai wasilah kita hendak memohon hajat juga dibenarkan.

Wallahua`lam.