Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #1921: SIAPAKAH MEREKA ASHAB AL-UKHDUD YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN

SIAPAKAH MEREKA ASHAB AL UKHDUD YANG DISEBUTKAN DALAM AL QURAN

 

Soalan

Assalamualaikum, baru-baru ini ketika saya membaca al-Quran bersama keluarga saya bersama terjemahannya, saya terbaca satu ayat yang menceritakan tentang Ashab al-Ukhdud iaitu mereka yang menggali parit. Bolehkan tuan terangkan sedikit kisah berkenaan dengannya. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Ashab al-Ukhdud yang diceritakan dalam al-Quran ditujukan kepada seorang raja yang memerintah Najran bersama pengikutnya. Raja yang bernama Zur‘ah Zu Nuwas bin Tubban As‘ad mengarah pengikutnya untuk menggali parit dan dinyalakan api di dalamnya bertujuan untuk membakar mereka yang beriman kepada Allah SWT. Pemuda yang dibunuh oleh raja bernama Abdullah bin Thamir, beliau dibunuh kerana mempertahankan imannya.

Huraian Jawapan

Ujian dan rintangan dalam berjuang di jalan Allah SWT adalah perkara biasa sebagaimana yang telah dilalui oleh umat terdahulu. Kisah Ashab al-Ukhdud yang diceritakan dalam al-Quran mengajar erti perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid. Mereka yang beriman diuji dengan dihumban dan dibakar ke dalam parit. Firman Allah SWT:

قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ ‎﴿٤﴾‏ النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ ‎﴿٥﴾‏ إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ ‎﴿٦﴾‏ وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ ‎﴿٧﴾

Masksudnya: “Celakalah kaum yang menggali parit, (4) (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (5) (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, (6) Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. (7)

(Surah al-Burj 4-7)

Ashab al-Ukhdud bermaksud orang yang menggali parit.[1] Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis yang panjang menceritakan tentang kisah Ashab al-Ukhdud, Penyihir, Rahib dan Pemuda dalam satu bab yang khusus[2].

Hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib RA, secara ringkasnya peristiwa Ashab al-Ukhdud bermula apabila tukang sihir diraja meminta untuk dicari pengganti kerana usianya yang semakin lanjut. Oleh sebab itu, si raja telah mengirim kepadanya seorang pemuda untuk dilatih sebagai pengganti. Namun pemuda tersebut lebih memilih untuk beriman kepada Allah SWT dan berguru dengan seorang rahib, lalu beliau dianugerahkan Allah SWT kerana keimanannya dengan kelebihan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kusta, sopak, buta dan sebagainya. Berita ini sampai kepada raja lalu pemuda tersebut ditangkap dan diseksa serta dipaksa untuk mengiktiraf raja tersebut sebagai tuhan dengan meninggalkan keimanannya kepada Allah SWT. Disebabkan enggan berbuat demikian, pemuda tersebut dihukum dengan dicampakkan dari atas gunung namun beliau tidak mati. Malah dia juga dihumbankan ke dalam laut, tetapi dengan kuasa Allah SWT tindakan raja tersebut gagal membunuhnya. Hal ini kerana, doa pemuda tersebut agar dibebaskan daripada segala seksaan telah dimakbulkan Allah SWT. Setelah beberapa kejadian itu, pemuda tersebut berkata kepada sang raja: “Sesungguhnya kamu tidak akan mampu membunuhku melainkan kamu menurut segala permintaanku.” si raja pun meminta untuk diberitahu kepadanya dan akan menunaikan segala permintaan. Lalu pemuda itu pun berkata: “Engkau himpunkan orang ramai kemudian ikatkan aku pada sebatang pokok di hadapan mereka. Setelah itu, ambillah anak panahku dan lancarkanlah ke arahku sambil berkata: Dengan nama Allah, tuhan kepada pemuda ini. Nescaya engkau akan dapat membunuhku”. Tanpa membuang masa, raja langsung melakukan apa yang dipinta oleh pemuda itu, panahan tepat mengenai badannya lalu meninggal.

Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai, dengan melihat keajaiban itu mereka mula beriman kepada Allah SWT sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan pemuda ini” berulang kali. Kejadian ini menimbulkan lagi kemarahan sang raja, lalu beliau memerintahkan pengikutnya menggali parit serta dinyalakan api yang marak di dalamnya. Lantas beliau bertitah: “Sesiapa yang tidak mahu kembali ke agama asal, aku akan membakarnya hidup-hidup”. Tanpa belas kasihan seorang demi seorang dihumbankan ke dalam parit yang marak dengan api yang menyala. Bila tiba giliran seorang wanita yang sedang menggendong anaknya, wanita tersebut seakan-akan sangsi dan teragak-agak untuk terjun ke dalam api kerana sayangkan anaknya. Tidak disangka-sangka, anaknya berkata: “Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya kamu di jalan yang benar.”[3]

Ibn Hisyam dalam kitab sirahnya menyebut bahawa peristiwa ashab al-Ukhdud berlaku pada zaman pemerintahan Raja yang bernama Zur‘ah Zu Nuwas bin Tubban As‘ad di Himyar yang terletak di Najran.[4] Imam al-Tabari menceritakan bahawa musibah ini telah mengorbankan hampir 20,000 orang mangsa.[5] Imam al-Qurtubi menukilkan satu riwayat daripada Ibn ‘Abbas yang menyatakan bahawa pemuda yang dibunuh itu bernama Abdullah bin Thamir.[6]

Wallahu‘alam

 

Rujukan:

[1] Abdul al-Malik bin Hisyam, al-Sirah al-Nabawi li Ibn Hisyam. (Misr: Syarkah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-halabi, 1375H) Jld. 1, hlm. 36

قَالَ ابْنُ هِشَامٍ: الْأُخْدُودُ: الحَفْر الْمُسْتَطِيلُ فِي الْأَرْضِ، كَالْخَنْدَقِ وَالْجَدْوَلِ وَنَحْوِهِ، وَجَمْعُهُ: أَخَادِيدُ.

[2] Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim. (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath) Jld. 4 Hlm. 2299

[3] Ibid. hadis no. 3005. 

كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ لِلْمَلِكِ إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ فَابْعَثْ إِلَىَّ غُلاَمًا أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ‏.‏ فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلاَمًا يُعَلِّمُهُ فَكَانَ فِي طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلاَمَهُ فَأَعْجَبَهُ فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بِالرَّاهِبِ وَقَعَدَ إِلَيْهِ فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فَقَالَ إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي ‏.‏ وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ ‏.‏ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ فَقَالَ الْيَوْمَ أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمِ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ فَأَخَذَ حَجَرًا فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِيَ النَّاسُ ‏.‏ فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا وَمَضَى النَّاسُ فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ لَهُ الرَّاهِبُ أَىْ بُنَىَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّي ‏.‏ قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ ابْتُلِيتَ فَلاَ تَدُلَّ عَلَىَّ ‏.‏ وَكَانَ الْغُلاَمُ يُبْرِئُ الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ وَيُدَاوِي النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الأَدْوَاءِ فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ قَدْ عَمِيَ فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ فَقَالَ مَا هَا هُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ شَفَيْتَنِي فَقَالَ إِنِّي لاَ أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ فَإِنْ أَنْتَ آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ ‏.‏ فَآمَنَ بِاللَّهِ فَشَفَاهُ اللَّهُ فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ قَالَ رَبِّي ‏.‏ قَالَ وَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي قَالَ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ ‏.‏ فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الْغُلاَمِ فَجِيءَ بِالْغُلاَمِ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ أَىْ بُنَىَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ ‏.‏ فَقَالَ إِنِّي لاَ أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ‏.‏ فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ فَجِيءَ بِالرَّاهِبِ فَقِيلَ لَهُ ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ‏.‏ فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِيءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ فَقِيلَ لَهُ ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ‏.‏ فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِيءَ بِالْغُلاَمِ فَقِيلَ لَهُ ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ‏.‏ فَأَبَى فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ فَإِذَا بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلاَّ فَاطْرَحُوهُ فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ فَقَالَ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ‏.‏ فَرَجَفَ بِهِمُ الْجَبَلُ فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ قَالَ كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ‏.‏ فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ اذْهَبُوا بِهِ فَاحْمِلُوهُ فِي قُرْقُورٍ فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلاَّ فَاقْذِفُوهُ ‏.‏ فَذَهَبُوا بِهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ‏.‏ فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفِينَةُ فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ قَالَ كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ‏.‏ فَقَالَ لِلْمَلِكِ إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ ‏.‏ قَالَ وَمَا هُوَ قَالَ تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَتَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ثُمَّ ضَعِ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ثُمَّ قُلْ بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلاَمِ ‏.‏ ثُمَّ ارْمِنِي فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتَنِي ‏.‏ فَجَمَعَ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ثُمَّ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلاَمِ ‏.‏ ثُمَّ رَمَاهُ فَوَقَعَ السَّهْمُ فِي صُدْغِهِ فَوَضَعَ يَدَهُ فِي صُدْغِهِ فِي مَوْضِعِ السَّهْمِ فَمَاتَ فَقَالَ النَّاسُ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ ‏.‏ فَأُتِيَ الْمَلِكُ فَقِيلَ لَهُ أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ ‏.‏ فَأَمَرَ بِالأُخْدُودِ فِي أَفْوَاهِ السِّكَكِ فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ النِّيرَانَ وَقَالَ مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ فَأَحْمُوهُ فِيهَا ‏.‏ أَوْ قِيلَ لَهُ اقْتَحِمْ ‏.‏ فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا فَقَالَ لَهَا الْغُلاَمُ يَا أُمَّهِ اصْبِرِي فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ

[4] Abdul al-Malik bin Hisyam, al-Sirah al-Nabawi li Ibn Hisyam. (Misr: Syarkah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-halabi, 1375H) Jld. 1, hlm.30-31

مُلْكُ ذِي نُوَاسٍ: فملَّكوه، وَاجْتَمَعَتْ عَلَيْهِ حِمْيَرُ وَقَبَائِلُ الْيَمَنِ، فَكَانَ آخِرَ مُلُوكِ حِمْيَرَ، وَهُوَ صَاحِبُ الْأُخْدُودِ، وتسمى: يوسف، فأقام في ملكه زمانًا.

زُرْعة ذِي نُواس بْنِ تُبان أَسْعَدَ

[5] Ibid. Jld.1, hlm.35

فَسَارَ إلَيْهِمْ ذُو نُوَاسٍ بِجُنُودِهِ، فَدَعَاهُمْ إلَى الْيَهُودِيَّةِ، وَخَيَّرَهُمْ بَيْنَ ذَلِكَ وَالْقَتْلِ، فَاخْتَارُوا الْقَتْلَ، فَخَدَّ لَهُمْ الْأُخْدُودَ، فَحَرَقَ مَنْ حَرَقَ بِالنَّارِ، وَقَتَلَ بِالسَّيْفِ وَمَثَّلَ بِهِ حَتَّى قَتَلَ مِنْهُمْ قَرِيبًا مِنْ عشْرين ألفا، فِي ذِي نُوَاسٍ وَجُنْدِهِ

[6] Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran. (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, 1384H) Jld. 19 Hlm. 289

قَالَ أَهْلُ مَمْلَكَةِ الْمَلِكِ: لَا إِلَهَ إِلَّا إِلَهُ «1» عَبْدِ اللَّهِ بْنِ ثَامِرٍ، وَكَانَ اسْمَ الْغُلَامِ