Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #1987: ADAKAH BOLEH HIBAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM?

ADAKAH_BOLEH_HIBAH_KEPADA_ORANG_BUKAN_ISLAM.jpg

 

Soalan

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya, adakah boleh saya melakukan hibah kepada orang bukan Islam? Mohon jawapan daripada Datuk Mufti. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Harus bagi orang Islam menghibahkan sesuatu kepada orang bukan Islam sebagaimana sah mewasiatkan harta kepada mereka. Namun dengan syarat penerima hibah tersebut ialah orang yang berkelayakan untuk menerima hak milik atau dalam erti kata lain boleh memiliki.

Huraian Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Abu Hurairah R.A meriwayatkan sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Maksudnya:Bertukar-tukarlah hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.”

(Riwayat al-Baihaqi)[1]

Salah satu kemuliaan ajaran Islam ialah sunnah memberikan hadiah kepada orang lain. Hal ini akan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang serta menghilangkan perasaan yang dapat merosakkan hubungan persaudaraan seperti hasad dengki, iri hati dan lain-lain. Meskipun begitu, timbul persoalan adakah boleh diberikan hibah kepada orang bukan Islam?

Firman Allah SWT:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ‎﴿٨﴾‏

Maksudnya:Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Mumtahanah :8)

Melalui ayat ini jelas, Allah SWT memberikan keringanan kepada umat Islam untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka yang tidak memusuhi atau membunuh orang Mukmin[2]. Hal yang demikian termasuklah perbuatan memberikan hadiah atau menghibahkan sesuatu kepada mereka.

Selain itu, agama juga tidaklah menjadi syarat untuk perbuatan hibah ini berlaku. Hal ini kerana syarat bagi kedua-duanya adalah sama dengan syarat jual beli. Oleh itu, cukup sekadar dia memenuhi syarat bagi penerima hibah iaitu berkelayakan untuk menerima hak milik hibah tersebut. Dengan ini, anugerah boleh diterima oleh semua manusia yang dilahirkan. Termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak atau orang gila[3].

Bukan itu sahaja, hibah kepada orang bukan Islam dibenarkan juga sebagaimana wasiat kepada mereka[4]. Hal ini dikuatkan lagi dengan athar Umar bin al-Khattab R.A yang pernah memberikan kain kepada saudaranya yang masih musyrik di kota Makkah[5]. Kami juga telah menulis artikel bertajuk Al-Kafi #1362: Bolehkah Seseorang Muslim Mewasiatkan Hartanya Kepada Non-Muslim?[6]

Para fuqaha daripada kalangan mazhab Hanafi dan Hanbali serta pandangan muktamad mazhab Syafi‘i menyatakan sah memberi wasiat seseorang Muslim itu kepada kafir Zimmi atau kafir Zimmi kepada Muslim. Ini kerana orang kafir itu tidak dinafikan hak pemilikannya seperti sahnya jual beli dan hibah kepada orang kafir begitu juga dengan wasiat[7].

Kesimpulan

  • Harus bagi orang Islam menghibahkan sesuatu kepada orang bukan Islam sebagaimana sahnya wasiat kepada mereka.
  • Syarat penerima hibah tersebut ialah orang yang berkelayakan untuk menerima hak milik atau dalam erti kata lain boleh memiliki.

Wallahu A‘lam.

Rujukan:

[1] Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husin, al-Sunan al-Kubra, Tahkik: Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Ata, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan ke-3, 1424H/2003M), 6/280.

[2] Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Tahkik: Ahmad al-Burduni & Ibrahim Atfisy, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, cetakan ke-2, 1384H/1964M), 18/59.

قَوْلُهُ تَعَالَى: (لَا يَنْهاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ) فِيهِ ثَلَاثُ مَسَائِلَ: الْأُولَى- هَذِهِ الْآيَةُ رُخْصَةٌ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى فِي صِلَةِ الَّذِينَ لَمْ يُعَادُوا الْمُؤْمِنِينَ وَلَمْ يُقَاتِلُوهُمْ. قَالَ ابْنُ زَيْدٍ: كَانَ هَذَا فِي أَوَّلِ الْإِسْلَامِ عِنْدَ الْمُوَادَعَةِ وَتَرْكِ الْأَمْرِ بِالْقِتَالِ ثُمَّ نُسِخَ. قَالَ قَتَادَةُ: نَسَخَتْهَا فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ «1» [التوبة: 5]. وَقِيلَ: كَانَ هَذَا الْحُكْمُ لِعِلَّةٍ وَهُوَ الصُّلْحُ، فَلَمَّا زَالَ الصُّلْحُ بِفَتْحِ مَكَّةَ نُسِخَ الْحُكْمُ وَبَقِيَ الرَّسْمُ يُتْلَى. وَقِيلَ: هِيَ مَخْصُوصَةٌ فِي حُلَفَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ عَهْدٌ لَمْ يَنْقُضْهُ، قَالَهُ الْحَسَنُ. الْكَلْبِيُّ: هُمْ خُزَاعَةُ وَبَنُو الْحَارِثِ بْنُ عَبْدِ مَنَافٍ. وَقَالَهُ أَبُو صَالِحٍ، وَقَالَ: هُمْ خُزَاعَةُ. وَقَالَ مُجَاهِدٌ: هِيَ مَخْصُوصَةٌ فِي الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا. وَقِيلَ: يَعْنِي بِهِ النِّسَاءَ وَالصِّبْيَانَ لِأَنَّهُمْ مِمَّنْ لَا يُقَاتِلُ، فَأَذِنَ اللَّهُ فِي بِرِّهِمْ. حَكَاهُ بَعْضُ الْمُفَسِّرِينَ. وَقَالَ أَكْثَرُ أَهْلِ التَّأْوِيلِ: هِيَ مُحْكَمَةٌ. وَاحْتَجُّوا بِأَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ سَأَلَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ تَصِلُ أُمَّهَا حِينَ قَدِمَتْ عَلَيْهَا مُشْرِكَةً؟ قَالَ: (نَعَمْ) خَرَّجَهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ. وَقِيلَ: إِنَّ الْآيَةَ فِيهَا نَزَلَتْ.

[3] Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1413H/1992M), 6/121.

ويشترط في الموهوب له: أن يكون أهلاً لتملك ما وهب له، فتصح الهبة لكل إنسان مولود، وغير المكلف - كالصبي والمجنون - يقبل عنه وليّه. ولا تصح الهبة للحمل لأنه لا يملك ملكاً اختيارياً.

[4] Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad, al-Mughni, (T.tp: Maktabah al-Kaherah, t.c, t.t), 6/218.

[فَصْلٌ الْوَصِيَّةُ لِلْحَرْبِيِّ]

(4728) فَصْلٌ: وَتَصِحُّ الْوَصِيَّةُ لِلْحَرْبِيِّ فِي دَارِ الْحَرْبِ. نَصَّ عَلَيْهِ أَحْمَدُ، وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ، وَأَكْثَرِ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَا تَصِحُّ. وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ؛ لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ: {لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ} [الممتحنة: 8] إلَى قَوْلِهِ: {إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ} [الممتحنة: 9]

الْآيَةَ فَيَدُلُّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّ مَنْ قَاتَلَنَا لَا يَحِلُّ بِرُّهُ. وَلَنَا، أَنَّهُ تَصِحُّ هِبَتُهُ، فَصَحَّتْ الْوَصِيَّةُ لَهُ، كَالذِّمِّيِّ. وَقَدْ رُوِيَ «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَعْطَى عُمَرَ حُلَّةً مِنْ حَرِيرٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَسَوْتَنِيهَا، وَقَدْ قُلْت فِي حُلَّةِ عُطَارِدَ مَا قُلْت، فَقَالَ: إنِّي لَمْ أُعْطِكَهَا لِتَلْبَسَهَا. فَكَسَاهَا عُمَرُ أَخًا مُشْرِكًا لَهُ بِمَكَّةَ.» وَعَنْ «أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ، قَالَتْ: أَتَتْنِي أُمِّي وَهِيَ رَاغِبَةٌ - تَعْنِي الْإِسْلَامَ - فَسَأَلْت رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقُلْت: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتَتْنِي أُمِّي وَهِيَ رَاغِبَةٌ، أَفَأَصِلُهَا؟ قَالَ: نَعَمْ.» وَهَذَانِ فِيهِمَا صِلَةُ أَهْلِ الْحَرْبِ وَبِرُّهُمْ. وَالْآيَةُ حُجَّةٌ لَنَا فِي مَنْ لَمْ يُقَاتِلْ، فَأَمَّا الْمُقَاتِلُ فَإِنَّهُ نُهِيَ عَنْ تَوَلِّيهِ لَا عَنْ بِرِّهِ وَالْوَصِيَّةِ لَهُ، وَإِنْ احْتَجَّ بِالْمَفْهُومِ، فَهُوَ لَا يَرَاهُ حُجَّةً. ثُمَّ قَدْ حَصَلَ الْإِجْمَاعُ عَلَى جَوَازِ الْهِبَةِ، وَالْوَصِيَّةُ فِي مَعْنَاهَا.

[5] Abu Daud Sulaiman bin al-Asy‘ath, Sunan Abi Daud, Tahkik: Syuaib al-Arnaout & Muhammad Kamil Qurrah Balali, (T.tp: Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah, cetakan pertama, 1430H/2009M), 2/303.

- 1076 حدثنا القعنبى، عن مالكِ، عن نافع، عن عبد الله بن عمر أن عمرَ بن الخطاب رأى حُلّةَ سِيَراءَ - يعني تُبَاعُ عندَ بابِ المسجدِ - فقال: يا رسولَ الله، لو اشتريتَ هذه فلبستَها يومَ الجمعة وللوفد إذا قَدِمُوا عليكَ، فقال رسولُ الله - صلَّى الله عليه وسلم -: "إنما يلبَسُ هذه مَن لا خلاقَ لهم في الآخرة". ثم جاءت رسولَ الله - صلَّى الله عليه وسلم - منها حُلَلٌ، فأعطى عمر حُلَّةً، فقال عُمَرُ: كَسوتَنِيَها يا رسولَ الله وقد قلت في حُلَّةِ عُطارد ما قلت؟ فقال رسولُ الله - صلَّى الله عليه وسلم -: "إني لم أكْسُكَها لِتلبَسَها" فكَسَاها عمر أخاً له مُشرِكاً بمكة.

[6] Lihat: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3674-al-kafi-1362-bolehkah-seseorang-muslim-mewasiatkan-hartanya-kepada-non-muslim, laman web diakses pada 21/3/2024.

[7] Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Kuwait, al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, (Kuwait: Dar al-Salasil, cetakan ke-2, 1404H), 2/312.

يَتَّفِقُ الْحَنَفِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ وَأَكْثَرُ الشَّافِعِيَّةِ عَلَى صِحَّةِ الْوَصِيَّةِ إِذَا صَدَرَتْ مِنْ مُسْلِمٍ لِذِمِّيٍّ، أَوْ مِنْ ذِمِّيٍّ لِمُسْلِمٍ، وَاحْتَجَّ لِذَلِكَ بِقَوْل اللَّهِ تَعَالَى: {لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ} (2) ، وَلأَِنَّ الْكُفْرَ لاَ يُنَافِي أَهْلِيَّةَ التَّمَلُّكِ، فَكَمَا يَصِحُّ بَيْعُ الْكَافِرِ وَهِبَتُهُ فَكَذَلِكَ الْوَصِيَّةُ.