Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #572 : HUKUM SEWAAN ATAS SEWAAN

Soalan: apakah hukum saya menyewa sebuah rumah kemudian saya sewakan bilik-bilik di rumah itu dengan harga yang lebih mahal?

Jawapan: Sah hukumnya kerana bukan syarat bagi sewaan itu hendaklah dimiliki ain (fizikal) barangnya. Cukup orang itu memiliki manfaat daripada sewaan itu. Namun begitu, adalah disyaratkan bahawa pemilik asal rumah itu redha dan setuju dengan perbuatan menyewakan semula itu. Wallahua’lam.