Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BAYAN LI AL-HAJ SIRI KE- 28 : PENGERTIAN HARI NAHAR

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan Hari Nahar dan bilakah Hari Nahar ?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Daripada Abdullah bin Qurth R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ أعظمَ الأيامِ عندَ اللهِ تباركَ وتعالى يومُ النحرِ ثمَّ يومُ القَّرِّ

Maksudnya: “Hari yang paling agung disisi Allah SWT adalah Hari Nahar, kemudian Hari Qarr”

Riwayat Abu Daud (1765)

Al-Nahar (النحر) bermaksud penyembelihan (الذبح). Justeru, 10 Zulhijjah dinyatakan sebagai Hari al-Nahar di dalam bulan Islam kerana pada hari tersebut telah disyariatkan kepada seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah penyembelihan haiwan korban.

Hari Nahar ialah hari 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban). Pada hari itu, jemaah haji memulakan lontaran di Jamratul Kubra. Pada hari itu juga, jemaah haji disunatkan melakukan ibadah korban dimana pelaksanaan ibadah korban itu afdhal dilaksanakan di Mina.

Kesimpulan

Hari Nahar adalah merupakan salah satu daripada hari-hari kebesaran di dalam Islam. Hal ini jelas sebagaimana yang telah disebut di dalam hadith Baginda Nabi SAW. Justeru, perbanyakkanlah ibadah pada hari itu dengan amalan-amalan seperti melakukan ibadah korban, bersedekah, ziarah-menziarahi dan bertakbir membesarkan Allah SWT.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai olehNya seterusnya hidup dibawah rahmatNya. Amin.