Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 569: ADAKAH NABI DIHANTAR KE PERKAMPUNGAN BANI SA’AD UNTUK DISUSUKAN OLEH HALIMAH AL-SA’DIAH

ADAKAH_NABI_DIHANTAR_KE_PERKAMPUNGAN_BANI_SAAD_UNTUK_DISUSUKAN_OLEH_HALIMAH_AL-SADIAH.jpg

Soalan

Assalamualaikum, saya pernah mendengar bahawa terdapat riwayat yang menyebut bahawa ibu susuan Nabi SAW iaitu Halimatul Saadiah datang mengambil Nabi SAW di kota Mekah. Namun ada juga yang menyebut bahawa Nabi SAW dihantar ke rumah Halimatul Saadiah untuk dijaga dan disusukan di perkampungannya. Yang mana satukah yang benar, mohon pencerahan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Ringkasan Jawapan

Kisah Halimah al-Sa’diah RA ibu susuan Baginda Nabi SAW kebanyakan ulama sirah meriwayatkan bahawa Halimah al-Sa’diah yang datang ke Kota Mekah dengan menaiki keldai bersama rombongan Bani Sa’ad untuk mencari anak susuan. Hal ini kerana menjadi adat dan kebiasaan golongan wanita Bani Sa’ad untuk keluar mencari anak susuan. Antara yang meriwayatkan kisah ini ialah Ibn Ishak, Ibn Rahawaih, Abu Ya’la, al-Tabrani, al-Baihaqi dan Abu Nu’aim. Manakala kebanyakan kitab-kitab sirah menukilkah kisah Halimah al-Sa’diah pergi ke Kota Mekah untuk mencari anak susuan antaranya adalah al-Mawahib al-Ladunniyyah, Syarh al-Zarqani ala al-Mawahib al-Ladunniyyah, Tarikh al-Tabari, Subul al-Huda wa al-Rasyad, Fiqh al-Sirah li Ghazali, al-Sirah al-Nabawiyyah li Abu Hasan Ali al-Nadwi dan Rahiq al-Makhtum.

Manakala kisah atau riwayat yang menceritakan tentang nabi SAW dibawa ke perkampungan Bani Sa’ad untuk diserahkan kepada Halimah al-Saidiah tidak dijumpai.

Huraian Jawapan

Menjadi adat dan tradisi masyarakat arab yang tinggal di kota, ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata akan mencari ibu susuan yang tinggal di kampung pendalaman dan jauh daripada ketamadunan untuk diasuh dan dijaga. Hal ini kerana bagi memastikan anak tersebut membesar dengan lebih kuat dan sihat tubuh badan di samping melatihnya untuk mahir dalam berbahasa arab yang fasih. Tradisi ini juga dilakukan oleh Abdul Muttalib, datuk kepada Baginda Nabi SAW. Baginda diserahkan kepada seorang wanita daripada kalangan Bani Sa’ad bin Bakr iaitu ibu susuan yang mulia Halimatul Sa’diah binti Abi Dzuaib dan suaminya al-Haris bin Abdul Uzza.[1]

Timbul pertanyaan, adakah Baginda SAW dihantar oleh datuknya ke perkampungan Bani Bakr atau ibu susuan Baginda SAW datang ke kota Mekah mengambil Baginda SAW? Menurut riwayat daripada Ibn Ishaq, Halimatul Sa’diah ibu susuan Baginda SAW telah menceritakan bahawa beliau pergi ke kota Mekah bersama rombongan wanita-wanita daripada Bani Sa’d bin Bakr untuk mencari anak susuan. Halimatul Sa’diah pergi ke kota Mekah dengan menunggang keldai yang kurus dan lemah, dibawa bersamanya unta betina yang tidak mengeluarkan susu serta anaknya yang masih kecil menangis kelaparan sehingga beliau ketinggalan daripada rombongannya. Hal ini kerana perkampungan Bani Sa’d dilanda musim kemarau yang dahsyat dan berpanjangan serta menyebabkan berlakunya kekurangan sumber makanan dan susu daripada haiwan ternakan.[2]

Setelah sampai di kota Mekah, kebanyakan anak susuan telah diambil oleh ibu susuan daripada wanita-wanita Bani Sa’d yang terlebih dahulu tiba. Hanya tinggal seorang sahaja bayi iaitu Baginda Nabi SAW, namun Halimatul Sa’diah pada mulanya enggan mengambil Baginda SAW sebagai anak susuan kerana Baginda SAW anak yatim yang ketiadaan bapa. Namun kerana tidak mahu pulang dengan tangan kosong , Halimatul Sa’diah mengambil Baginda SAW sebagai anak susuan walaupun dalam keadaan berat hati. Kepulangan Halimatul Sa’diah bersama Baginda SAW dengan membawa keberkatan, susu yang kurang kini dapat diminum kedua bayi sehingga puas dan kekenyangan. Unta tua yang tiada susu tiba-tiba mengeluarkan susu yang banyak.[3] Malam yang penuh dengan keberkatan, keluarga Halimatul Sa’diah dapat tidur dengan lenanya. Menjelang waktu pagi suaminya Haris bin Abdul ‘Uzza berkata:

تعلَّمي وَاَللَّهِ يَا حليمةُ، لَقَدْ أخذتِ نَسمةً مُبَارَكَةً

Maksudnya: Ketahuilah wahai Halimah, demi Allah sesungguhnya engkau telah memelihara insan yang diberkati. [4]

Kisah Halimah al-Sa’diah RA ibu susuan Baginda Nabi SAW kebanyakan ulama sirah meriwayatkan bahawa Halimah al-Sa’diah yang datang ke Kota Mekah dengan menaiki keldai bersama rombongan Bani Sa’ad untuk mencari anak susuan. Hal ini kerana menjadi adat dan kebiasaan golongan wanita Bani Sa’ad untuk keluar mencari anak susuan. Antara yang meriwayatkan kisah ini ialah Ibn Ishak, Ibn Rahawaih, Abu Ya’la, al-Tabrani, al-Baihaqi dan Abu Nu’aim[5]. Manakala kebanyakan kitab-kitab sirah menukilkah kisah Halimah al-Sa’diah pergi ke Kota Mekah untuk mencari anak susuan antaranya adalah Mawahib al-Laduniah, Syarh al-Zarqani ala Mawahib al-Laduniah, Tarikh al-Tabari, Subul al-Huda wa al-Rasyad, Fiqh al-Sirah li Ghazali, al-Sirah al-Nabawiyyah li Abu Hasan Ali al-Nadwi dan Rahiq al-Makhtum.

Manakala kisah atau riwayat yang menceritakan tentang nabi SAW dibawa ke perkampungan Bani Sa’ad untuk diserahkan kepada Halimah al-Saidiah tidak dijumpai.

Wallahu a'lam 

 

Rujukan:

[1] Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahik al-Makhtum. (Damsyik: Dar al-‘Usama’, 1427) Hlm. 8

الرحيق المختوم مع زيادات (ص: 8)

وكانت العادة عند الحاضرين من العرب أن يلتمسوا المراضع لأولادهم، ابتعادا لهم عن أمراض الحواضر؛ لتقوى أجسامهم، وتشتد أعصابهم، ويتقنوا اللسان العربي في مهدهم، فالتمس عبد المطلب لرسول الله صلّى الله عليه وسلم الرضعاء، واسترضع له امرأة من بني سعد بن بكر- وهي حليمة بنت أبي ذؤيب- وزوجها الحارث بن عبد العزى المكنى بأبي كبشة، من نفس القبيلة.

[2]Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad, al-Siyar li Abi Ishaq al-Fazari. (Beirut: Muassasah al-Risalah, t.t) Hlm. 99

حدثت عن حليمة ابنة الحارث- أم رسول الله صلى الله عليه وسلم، التي أرضعته- أنها قالت: قدمت مكة في نسوة من بني سعد بن بكر، نلتمس بها الرضعاء، وفي سنة شهباء «1» ، فقدمت على أتان لي قمراء كانت أذمت بالركب، ومعي صبي لنا، وشارف لنا، والله ما ننام ليلنا ذلك أجمع مع صبينا ذاك، ما نجد في ثديي ما يغنيه، ولا في شارفنا ما يغذيه

[3] Ibid.

، فقدمنا مكة، فو الله ما علمت منا امرأة إلا وقد عرض عليها- رسول الله صلى الله عليه وسلم- فإذا قيل «إنه يتيم» تركناه، وقلنا: ماذا عسى أن تصنع إلينا أمه، إنما نرجو المعروف من أبي الوليد، فأما أمه فما عسى أن تصنع إلينا؟ فو الله ما بقي من صواحبي امرأة إلا أخذت رضيعاً غيري، فلما لم أجد غيره، قلت لزوجي الحارث بن عبد العزى: والله إني أكره أن أرجع من بين صواحبي ليس معي رضيع، لأنطلقن إلى ذلك اليتيم فلآخذنه، قال: لا عليك، فذهبت، فأخذته، فو الله ما أخذته إلا أني لم أجد غيره.

فما هو إلا أن أخذته، فجئت به رحلي، فأقبل عليه ثدياي بما شاء من لبن، فشرب حتى روي، وشرب أخوه حتى روي، وقام صاحبي إلى شارفنا تلك فإذا إنها لحافل، فحلب ما شرب وشربت حتى روينا، فبتنا بخير ليلة، فقال صاحبي: يا حليمة، والله إني لأراك قد أخذت نسمة مباركة، ألم ترى إلى ما بتنا به الليلة من الخير حين أخذناه؟! فلم يزل الله يزيدنا خيراً، حتى خرجنا راجعين إلى بلادنا، فو الله لقطعت أتاني بالركب حتى ما يتعلق بها حمار، حتى أن صواحبي ليقلن: ويلك، يا بنت أبي ذؤيب، أهذه أتانك التي خرجت عليها معنا؟ فأقول: نعم، والله إنها لهي، فيقلن: والله إن لها لشأناً، حتى قدمنا أرض بني سعد، وما أعلم أرضاً من أرض الله عز وجل أجدب منها، فإن كانت غنمي لتسرح ثم تروح شباعاً، لبناً، فنحلب ما شئنا، وما حولنا أحد تبض له شاة بقطرة لبن، وإن أغنامهم لتروح جياعاً، حتى أنهم ليقولون لرعيانهم: ويحكم انظروا حيث تسرح غنم بنت أبي ذؤيب، فاسرحوا معهم، فيسرحون مع غنمي حيث تسرح، فيريحون أغنامهم جياعاً وما فيها قطرة لبن، وتروح غنمي شباعاً، لبناً، نحلب ما شئنا، فلم يزل الله عز وجل يرينا البركة، ونتعرفها حتى بلغ سنتيه، وكان يشب شباباً لا يشبه الغلمان، فو الله ما بلغ سنتيه حتى كان غلاما جفرا، فقدمها به على أمه، ونحن أضن شيء به مما رأينا فيه من البركة

[4] Abdul Malik bin Hisyam bin Ayyub, al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisyam. (t.tp: Syarkah al-Taba’ah al-Fanniyyah al-Muttahidah, t.t) Jld. 1 Hlm. 151

فَبِتْنَا بِخَيْرِ لَيْلَةٍ. قَالَتْ: يَقُولُ صَاحِبِي حِينَ أَصْبَحْنَا: تعلَّمي وَاَللَّهِ يَا حليمةُ، لَقَدْ أخذتِ نَسمةً مُبَارَكَةً، قَالَتْ: فَقُلْتُ: وَاَللَّهِ إنِّي لَأَرْجُو ذَلِكَ.

[5] Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Baqi al-Zarqani, Syarh al-Zarqani ala al-Mawahib al-Laduniyyah bi al-Manh al-Muhammadiyyah. (t.tp: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1417) Jld. 1 Hlm. 267

قالت حليمة: فيما رواه ابن إسحاق وابن راهويه وأبو يعلى والطبراني والبيهقي وأبو نعيم: قدمت مكة في نسوة من بني سعد بن بكر، نلتمس الرضعاء في سنة شهباء، على أتان لي ومعي صبي لنا وشارف لنا، والله ما تبض بقطرة، وما ننام ليلنا ذلك أجمع مع صبينا ذاك، لا يجد في ثديي ما يغذيه، ولا في شارفنا ما يغديه. فقدمنا مكة، فوالله ما علمت منا امرأة إلا وقد عرض عليها رسول الله صلى الله عليه وسلم فتأباه