Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAKSUD AUSUQ

SOALAN 58 (22 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 09/07/2015)

Apakah yang dimaksudkan dengan wasaq atau ausuq?

 

JAWAPAN

Ausuqadalah kata jam’ bagi perkataan wasaq, iaitu sejenis sukatan. Rasulullah SAW telah menetapkan kadar sukatan satu wasaq pada zaman Baginda bersamaan 60 gantang Madinah. Dalam hadith, daripada IbnHibban menyatakan bahawa satu wasaq ialah 60 gantang.

Segantang menyamai empat cupak, iaitu kira-kira empat raup orang dewasa.(Ensiklopedia Islamiyyah14/105) menetapkan bahawa kadar segantang menyamai sukatan tiga liter. Oleh itu, nisab tanaman satu wasaq bersamaan 180 liter dan buah-buahan ialah 90 liter.

Mengikut Abdullah Basmeh, nilai lima ausuq bersamaan 363 gantang Malaysia setelah dibersihkan dari jerami dan hampasnya. Lima ausuq jika dinilai dalam kilogram (kg) adalah menyamai 653 kg seperti pendapat Abdullah NasihUlwan. Hal ini berdasarkan riwayat IbnMajah daripada Jabir bin Abdullah R.A, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Satu ausuq adalah bersamaan 60 gantang.”