Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BARANG PERNIAGAAN YANG DIZAKATKAN DAN SYARAT

SOALAN 60 (22 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 09/07/2015)

 

Adakah barang perniagaan dizakatkan dan apakah syaratnya?

 

JAWAPAN

Maksud perniagaan ialah bertukar ganti barangan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak terhad kepada harta benda tertentu sahaja. Sementara maksud barangan pula adalah barang-barang yang ditukat ganti untuk tujuan keuntungan.

            Dalil bagi kewajipan mengeluarkan zakat barang perniagaan ialah sebagaimana firman Alla SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik.

(Surah al-Baqarah: 267)

 

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

Barang yang dimiliki tidak dikatakan barang perniagaan yang wajib zakat melainkan dua syarat:

  • Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti. Contohnya jual beli, sewa menyewa, mas kahwin dan sebagainya. Jika pemilikan tersebut kerana warisan, wasiat atau hibahmaka ia tidak dikira sebagai barang perniagaan.
  • Ketika memiliki harta tersebut pemiliknya hendaklah berniat meniagakannya dan niat tersebut hendaklah berterusan. Jika tidak berbuat demikian, harta tersebut tidak dikatakan barang perniagaan walaupun dia berniat selepasnya. Jika dia berniat untuk meniagakan barang tersebut semasa membelinya kemudia berniat pula menyimpannya tanpa diniagakannya, maka barangan itutidak dikira barang perniagaan dan tidak wajib zakat.