Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MENUNAIKAN IBADAH PUASA ORANG YANG BERADA DI DUA KUTUB

SOALAN 38 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum bagi orang yang berada di dua kutub utara dan selatan menunaikan ibadah puasa?

 

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang berada di dua kutub utara atau selatan, di mana panjangnya siang hari atau malam hari sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Cara berbukanya adalah dengan melihat kepada waktu di Makkah atau Madinah. Sebahagian yang lain berpendapat, dengan melihat negeri yang berdekatan di mana waktu-waktunya adalah stabil. Inilah pendapat Syeikh al-Syarbasi.

Saya lebih cenderung kepada pendapat melihat keadaan kehidupan diri mereka dimana waktu tidur dan bekerja. Justeru, kias kepada negeri berhampiran lebih kuat.