Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ
carian

SOALAN 54 (21 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 08/07/2015)

Apakah hukum mengeluarkan zakat?

 

JAWAPAN

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah al-Baqarah: 43)

 

            Oleh kerana perintah mendirikan solat adalah wajib, begitu juga menunaikan zakat adalah wajib. Ini kerana perintah dan arahan menunaikan zakat dengan sighah fi’il amar atau suruhan. Perintah mengeluarkan zakat disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran pada 23 tempat.

            Hadith seterusnya, Rasulullah SAW bersabda kepada Mu’az R.A ketika Baginda mengutusnya ke Yaman:

فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ

Maksudnya: “Jika mereka mematuhi perkara itu, beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam. Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka.”

Riwayat Muslim (130)

 

            Hadith ini menunjukkan zakat diberi kepada golongan fakir negeri yang dipungut zakat pada asalnya. Akan tetapi para fuqaha’ mengharuskan untuk dipindahkan zakat kepada negeri yang lain jika penduduk tersebut memerlukannya sebagaimana pendapat Syeikh al-Syarbasi.

            Marilah sama-sama kita menunaikan rukun Islam berkaitan zakat ini agar harta kita sentiasa subur, bersih, suci dan berkat disamping kita mendapat keredhaan daripada-Nya.