Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE- 23: BUKU SIFAT AL-MUFTI WA AL-MUSTAFTI

 sifat mufti 2.JPG

 

Soalan

Assalamualaikum Sohibus Samahah Dato’ Seri Mufti, saya ada dengar Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan buku Sifat al-Mufti wa al-Mustafti. Boleh SS Dato’ Seri terangkan isi kandungannya?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami dapati para ulama’ telah menyusun pelbagai bentuk karya berkaitan mufti dan adab fatwa serta cara bertanya kepada mufti. Begitu juga merangkumi berkaitan syarat mufti, sifat mufti dan hukum-hakam yang berkenaan dengannya.

Buku yang dikaryakan oleh Ibn Hamdan ini menjadi terjemahan penting dan utama bagi kami kerana ia di antara kitab yang terdahulu yang paling lengkap walaupun dalam Mazhab Hanbali. Kami yakin dengan sedikit nota kaki dan tahqiq yang kami zahirkan akan memberi makna yang besar kepada kita untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang disampaikan oleh pengarang.

Berkenaan dengan isi kandungannya, kami lampirkan seperti berikut:

 

Mukadimah

Metodologi Penterjemahan Kitab

Biografi Ringkas Imam Ibn Hamdan Al-Harrani

  • Karya Penulisan
  • Guru-gurunya
  • Rehlah Menuntut Ilmu
  • Murid-muridnya
  • Akhlaknya
  • Pujian Ulama’ Kepadanya
  • Kitab Sifat al-Mufti wa al-Mustafti
  • Kematiannya

Pengenalan Asas Fatwa Dan Mufti: Hukum, Etika Dan Sejarah

  • Mukadimah
  • Fatwa Dari Sudut Bahasa Dan Istilah
  • Definisi Fatwa Dari Segi Bahasa
  • Definisi Fatwa Dari Segi Istilah
  • Tarjih
  • Kaitan Definisi Fatwa Antara Bahasa Dan Istilah
  • Bahagian-Bahagian Fatwa
  • Pertama: Fatwa Tasyri’iyyah
  • Kedua: Fatwa Fiqhiyyah
  • Ketiga: Fatwa Juz’iyyah
  • Definisi Mufti Pada Bahasa Dan Istilah
  • Definisi Mufti Dari Segi Bahasa
  • Definisi Mufti Dari Segi Istilah
  • Tarjih
  • Kedudukan Mufti Menurut Konteks Malaysia
  • Kitab-Kitab Yang Ditulis Berkaitan Fatwa
  • Pertama: Kitab-Kitab Lama
  • Kedua: Kitab-Kitab Baharu

 

TERJEMAHAN SIFAT AL-MUFTI WA AL-MUSTAFTI

بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

BAB 1: TEMPOH WAKTU HARUS, SUNAT, MAKRUH, HARAM, & WAJIBNYA BERFATWA

  • Hukum Fatwa Pada Hak Seorang Mufti
  • Haram Untuk Orang Jahil Memberi Fatwa
  • Sikap Para Sahabat Dan Tabi’in Dalam Berfatwa
  • Imam Malik Dan Ucapan “Aku Tidak Tahu”
  • Imam Al-Syafie Dan Ucapan “Aku Tidak Tahu”
  • Imam Ahmad Dan Ucapan “Aku Tidak Tahu”

BAB 2: CIRI-CIRI SEORANG MUFTI, SYARAT-SYARAT, HUKUM HAKAM, ADAB-ADAB, DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

  • Fasal  Definisi Adil
  • Fasal Pengertian Seorang Faqih
  • Fasal Pengertian Mujtahid Mutlak
  • Fasal  Peringkat-Peringkat Mujtahid
  • Bahagian Pertama (Mujtahid mutlak)
  • Bahagian Kedua (Mujtahid dalam mazhab imamnya)
  • Bahagian Ketiga (Mujtahid dalam satu jenis ilmu)
  • Bahagian Keempat (Mujtahid dalam satu masalah dari ilmu)
  • Fasal Hukum Fatwa Orang Yang Tidak Berkelayakan
  • Fasal Hukum Orang Awam Berfatwa Berdasarkan Pendengaran Dan Hikayat
  • Fasal Taqlid Orang Awam Kepada Seseorang  Yang Mempelajari Fekah Dan Membaca Banyak Kitab
  • Fasal Mustafti Tidak Menjumpai Orang  Untuk Bertanya Permasalahan

BAB 3: BAKI-BAKI HUKUM-HAKAM SEORANG MUFTI DAN ADABNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

  • Mereka Yang Sah Fatwanya Dan Mereka Yang Tidak Sah
  • Fasal Hukum Fatwa Seorang Qadhi
  • Fasal Hukum Berfatwa Terhadap Persoalan Yang Belum Berlaku
  • Fasal Hukum-Hakam Berkaitan Penarikan Semula Sesuatu Fatwa
  • Fasal Hukum Mustafti Merosakkan Sesuatu  (Disebabkan Fatwa Mufti)
  • Fasal Hukum Tergesa-Gesa Dalam Berfatwa
  • Fasal Hukum Berhelah Dalam Fatwa
  • Fasal Hukum Berfatwa Dalam Keadaan Gundah Gulana
  • Fasal Mengambil Rezeki Dari Berfatwa
  • Fasal Kepentingan Seorang Mufti Mengetahui Suasana Mustafti
  • Fasal Kepentingan Mufti Berpegang Dengan Nuskhah Yang Terpercaya
  • Fasal Tindakan Mufti Apabila Berulangnya Sesuatu Kejadian
  • Fasal Mazhab Imam Al-Syafi Adalah Apa Yang Ditunjukkan Oleh Hadis
  • Kepentingan Seorang Mufti Mengetahui Nasikh Dan Mansukh
  • Fasal Hukum Mufti Berfatwa Dengan Mazhab Selain Mazhabnya
  • Fasal Ketika Wujudnya Dua Pendapat Dalam Sesuatu Permasalahan
  • Fasal Ketika Berlakunya Pendapat-Pendapat Yang Selari
  • Fasal Pentarjihan Berdasarkan Sifat-Sifat Para Imam
  • Pentarjihan Dengan Pendapat Yang Bertepatan Dan Bercanggahan
  • Fasal Ketika Terdapatnya Pendapat Yang Lama Dan  Pendapat Baharu Bagi Imam Mazhab
  • Fasal Pandangan Mufti Yang Terdapat Padanya  Dua Pendapat Atau Dua Riwayat
  • Fasal Fatwa Mufti Dalam Permasalahan Kalam  Adalah Secara Mujmal (Ringkas)
  • Maksud Ilmu Kalam Yang Dilarang
  • Mufti Menjauhkan Diri Dari Menjawab Permasalahan Kalam
  • Fasal Larangan Bertaqlid Pada Perkara-Perkara Yang Jazam
  • Mengikut Rasulullah SAW Bukanlah Suatu Taqlid
  • Fasal Dalil-Dalil Yang Melarang Bertaqlid
  • Fasal Perkara Yang Diharuskan Bertaqlid Padanya
  • Fasal Kewajipan Mengikut Rasulullah
  • Bertaqlid Kepada Para Sahabat
  • Bertaqlid Kepada al-Mafdhul Ketika Wujudnya Al-Fadhil

BAB 4: TATACARA MEMINTA FATWA DAN MEMBERI FATWA SERTA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN

  • Mufti Hendaklah Menjelaskan Jawapan
  • Fasal Interaksi Mufti Dengan Mustafti
  • Fasal Mufti Berbincang Dengan Para Fuqaha Selainnya
  • Fasal Metod Mufti Dalam Menulis Jawapan
  • Fasal Cara Mufti Memulakan Penulisan Jawapan
  • Fasal Mufti Meringkaskan Jawapannya
  • Fasal Jawapan Mufti Dalam Permasalahan Mirath
  • Fasal Keadaan-Keadaan Pertambahan Soalan Dan Jawapan  Dari Mufti Dan Mustafti
  • Fasal Tindakan Sekiranya Ruangan Berfatwa Itu Sempit
  • Fasal Sekiranya Mufti Mendapati Fatwa Orang Yang Tidak Berkelayakan Telah Mendahuluinya
  • Fasal Apabila Jawapan Berbeza Dengan Kehendak Penyoal
  • Fasal Apabila Mufti Mendapati Fatwa Yang Salah  Dalam Kertas Persoalan
  • Fasal Tindakan Sekiranya Mufti Tidak Memahami Soalan
  • Fasal Mufti Menyebutkan Hujah Pada Fatwa Yang Diberikan
  • Fasal Tindakan Mufti Dalam Mendahulukan  Dan Mengkemudiankan Mustafti
  • Fasal Mufti Dilarang  Berat Sebelah Kepada Mustafti

BAB 5: SIFAT PEMINTA FATWA, HUKUM-HAKAM,  SERTA ADAB-ADAB YANG BERKAITAN DENGANNYA

  • Sifat Seorang Mustafti (Peminta Fatwa)
  • Fasal Keadaan Sekiranya Terdapat Ramai Mufti
  • Fasal Hukum Bertaqlid Kepada Orang Yang Telah Mati
  • Fasal Taqlid Orang Awam Kepada Mazhab Tertentu
  • Fasal Kelebihan Mazhab Imam Ahmad  Ke Atas Mazhab Yang Lain
  • Manaqib Imam Ahmad dan Pujian Terhadapnya
  • Karya-Karya Imam Ahmad
  • Para Guru Dan Sahabat Imam Ahmad
  • Para Periwayat Hadis Dan Fekah Dari Imam Ahmad
  • Fasal Sekiranya Seorang Mustafti Mendapati  Banyak Fatwa Kepadanya
  • Fasal Bilakah Mustafti Dituntut Untuk Beramal  Dengan Fatwa Mufti
  • Fasal Tindakan Mustafti Apabila Berlakunya  Sesuatu Permasalahan Buat Kali Berikutnya
  • Fasal Perantara Dalam Permintaan Fatwa
  • Fasal Mustafti Dituntut Untuk Beradab Bersama Mufti
  • Fasal Adab Berkaitan Buku Rekod Permintaan Fatwa
  • Fasal Peminta Fatwa Menuntut Dalil Dan Hujah

BAB 6:  MENGETAHUI LAFAZ-LAFAZ BAGI IMAM AHMAD

  • Bahagian Pertama
  • Bahagian Kedua
  • Bahagian Ketiga
  • Bahagian Keempat

BAB 7:  [MENGETAHUI] KEAIBAN DALAM PENULISAN

  • Fasal Mustalahat (Istilah) Yang Digunakan Oleh Ashab
  • Mufti Berpegang Kepada Dalil

 

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah semoga kitab yang kami kemukakan, yang merupakan hasil karya Ibn Hamdan al-Harrani ini, akan banyak membantu institusi fatwa khususnya dan mereka yang ingin terbabit secara langsung dalam bidang kefatwaan. Kami berdoa kepada Allah supaya diampuni dosa kami atas kelemahan dan kesalahan kami.