Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Webinar Mufti : Bicara Falak “Jom Kenali Ilmu Falak”

27 Februari 2021 (Sabtu)

Pada hari Sabtu bersamaan 27 Februari 2021, Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Mahmoodiah, Putrajaya telah menganjurkan Webinar Mufti : Bicara Falak dengan tajuk “Jom Kenali Ilmu Falak” secara maya. Program ini julung kalinya diadakan secara webinar/online memandangkan sebelum ini Bicara Falak dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid dan surau-surau yang terpilih sekitar Wilayah Persekutuan.

Bicara Falak ini dilaksanakan melalui platform aplikasi Google Meet. Walau bagaimanapun limitasi peserta yang agak terhad iaitu hanya 100 orang peserta sahaja yang dibenarkan untuk masuk, maka inisiatif tayangan secara langsung menerusi facebook Pejabat Mufti Wilayah turut dilaksanakan.

Program Bicara Falak yang membicarakan mengenai tajuk “Jom Kenali Ilmu Falak” ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman bin Mustapha yang merupakan Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan. Penyampaian yang menarik dan padat ini telah mendapat sambutan yang positif serta amat menggalakkan dari para peserta. Oleh itu, pihak PMWP akan lebih komited untuk menganjurkan program-program yang akan mengupas mengenai ilmu falak seperti ini lagi dari semasa ke semasa.