Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYANTUNI PEGAWAI DAN PENGHUNI PUSAT KOREKSIONAL LABUAN

LABUAN, 25 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Program Bicara Mufti bertemakan “Rahmat Allah Melangkau Segala Dosa” di Pusat Koreksional Labuan, Jabatan Penjara Malaysia. Program Bicara Mufti ini disampaikan oleh SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai suatu inisiatif untuk menyantuni serta memberi pencerahan dan kefahaman mengenai ilmu agama Islam kepada hampir 400 orang pegawai dan penghuni pusat berkenaan.Majlis ini turut dihadiri oleh PKP Alik Makim (Pengarah Pusat Koreksional Labuan), SS Hj Jamali Mohd Adnan (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan),Ustaz Mohd Radzaleih Matusin (Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan) dan para pegawai Pusat Koreksional Labuan serta Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada SS Datuk Mufti, diikuti dengan ceramah yang membahas mengenai kepentingan agama dalam kehidupan. Seterusnya, PKP Alik Makim turut membawa SS Datuk Mufti melawat beberapa tempat seperti bengkel jahit dan Pusat Tahfiz yang sedang dibangunkan dan akan dibuka di Pusat Koreksional Labuan kelak. Program diteruskan dengan Solat Jumaat .

Diharapkan inisiatif murni ini dapat memberi inspirasi dan membantu prospek dalam membina masa depan yang lebih baik.