Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID JAMEK AN-NUR, LABUAN

LABUAN , 16 Oktober 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah dijemput memberi tazkirah Jumaat di Masjid Jamek An-Nur, Labuan yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan.

Tazkirah tersebut membincangkan isu akidah berkaitan kerohanian, khususnya New Age Movement, serta pelbagai ancaman akidah yang tersebar melalui media sosial. Pengisian turut menyentuh perbuatan meniru ritual ibadat agama lain dan perkara yang boleh menyumbang kepada syiar agama lain, di samping kepentingan umat Islam memahami batas-batas akidah dan syariah dalam berinteraksi dengan penganut agama lain.

Beliau turut menyeru umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan, agar sentiasa merujuk kepada pihak berautoriti, terutamanya Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan, bagi mendapatkan pencerahan berkaitan hukum-hakam Islam dan isu-isu semasa.

Sementara itu, khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk “Akidah Terpelihara, Umat Sejahtera” yang menekankan kepentingan memelihara akidah sebagai asas kesejahteraan umat Islam.

Penganjuran tazkirah ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman terhadap akidah serta memperkukuh kefahaman dan pegangan umat Islam berlandaskan ajaran Islam yang sahih