Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT PENYELARASAN JURNAL ANTARABANGSA

PUTRAJAYA, 5 MAC 2021- Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, selesai mempengerusikan Mesyuarat Penerbitan Jurnal dan Buku Covid-19 yang berlangsung di Parkview Ballroom, Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

Penerbitan jurnal antarabangsa oleh PMWP ini adalah selaras dengan visi PMWP sebagai peneraju dalam pengurusan fatwa bertaraf dunia yang efisyen, profesional dan diyakini dalam aspek Akidah, Syariah dan Tasawuf menjelang tahun 2025.

Menerusi mesyuarat ini, para pegawai didedahkan dengan proses dan gerak kerja bagi menerbitkan jurnal menceburi spesifikasi bertaraf antarabangsa. Disamping pelbagai matlamat tambahan bagi memastikan ianya akan membawa ‘high impact’ kepada masyarakat. Taklimat berkaitan jurnal telah disampaikan oleh En. Mohd Salleh bin Sa'ari, Penyelaras Unit Sokongan Penyelidikan, Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perkhidmatan (IPPP).

Di akhir mesyuarat, SS Datuk Dr. Luqman, mengingatkan bahawa projek jurnal antarabangsa terbitan PMWP adalah antara artikel projek utama tahun ini yang memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.