Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM OLEH YB MENTERI HAL EHWAL AGAMA BERSAMA WARGA AGENSI

LABUAN, 10 MAC 2021- YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Hal Ehwal Agama, telah merasmikan pelancaran program Less Than 2 Minutes, ‘’Anda Tanya Ustaz Jawab”, dan Bicara Hidayah, bertempat di Bilik Mesyuarat PMWP, Cawangan Labuan.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pelaksanaan program ini perlu diteruskan dan ditingkatkan, ianya sebagai galakan yang turut membuka ruang kerjasama antara semua agensi agama. Program Less Than 2 Minutes merupakan inisiatif Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan yang memfokuskan perkongsian ilmiah yang ringkas dan padat menerusi rakaman video berdurasi kurang daripada 2 minit.

Manakala Program "Anda Tanya Ustaz Jawab" dan Program Bicara Hidayah pula merupakan rancangan terbitan LabuanFM yang turut mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai dan penceramah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis ini, mendapat tarikan liputan meluas media berkaitan pelancaran yang dilaksanakan.

Turut hadir bersama dalam majlis adalah Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Dr. Haji Nordin Ahmad yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan Pn. Aminah Samsudin Ahmad, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan.

Moga ikhtiar murni ini, dalam menerajui pendekatan yang lebih komprehensif dan berkesan melalui pengisian dan perkasaan ilmu, menatijahkan keberhasilan yang unggul PMWP.