Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN BAHAN TERBITAN PMWP SIRI 1/2021

BANGI, 17-19 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat telah mengadakan Bengkel Semakan Bahan Terbitan PMWP yang melibatkan seramai 25 orang pegawai penyelidik termasuk ketua unit/bahagian PMWP yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan pecahan kluster tajuk yang akan dimasukkan dalam buku terbitan PMWP. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memastikan bahan-bahan cetakan dan artikel terbitan PMWP disemak dengan teliti dan sempurna.

Bengkel dimulakan dengan taklimat program oleh Ustaz Mohd Ghazali Bin Mohamed Nor, Penolong Mufti, Bahagian Sumber Maklumat PMWP selaku Ketua Urus Setia program. Manakala Taklimat berkaitan kaedah penulisan dan penambahbaikan isi kandungan artikel telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan Bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), PMWP.

Program berakhir dengan majlis penangguhan yang disempurnakan oleh S.F. Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) mewakili YBhg. S.S. Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.