Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU IRSYAD AL- HIKMAH DAN PENYELIDIKAN PMWP BIL. 1/2021

PUTRAJAYA, 8 APRIL 2021- S.S. Tuan Haji Jamali Bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Surau Irsyad Al-Hikmah dan Penyelidikan PMWP Bil. 1/2021  yang telah berlangsung di Dewan Syura, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan penglibatan 11 orang ahli jawatankuasa (AJK).

Perjumpaan dimulakan dengan agenda pembentangan laporan semasa yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi Bin Makhtar, setiausaha Surau Irsyad Al-Hikmah dan Penyelidikan PMWP. Kemudian diteruskan kepada perbincangan berkaitan pelaksanaan program Ihya Ramadhan, pembentangan cadangan dan penyelarasan aktivit-aktiviti serta perbincangan isu-isu berbangkit.