PUTRAJAYA, 12 APRIL 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1442H. Majlis ini diadakan serentak di lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan iaitu di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pada petang isnin lalu, 12 April bersamaan dengan 29 Syaaban 1442 Hijrah telah ditetapkan di negara ini bagi melihat anak bulan Ramadan. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab.
Cerapan rasmi tersebut dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa melihat anak bulan wilayah persekutuan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).