Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2022

PUTRAJAYA, 10 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Istinbat, PMWP telah menganjurkan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2022 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Seramai 40 orang pemegang tauliah hadir bagi mengikuti majlis muzakarah ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Majlis muzakarah merupakan wadah penyampaian maklumat kepada pemegang-pemegang tauliah yang telah berjaya dalam temu duga tauliah sebelum ini dan diluluskan pentauliahannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Wilayah Persekutuan. Perkongsian majlis muzakarah kali ini disampaikan oleh penceramah jemputan yang membincangkan fatwa-fatwa semasa oleh Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri @ Mohamad, Penolong Mufti Unit Istinbat, PMWP.

Kemudian, diteruskan dengan ceramah Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Pegawai Khas, Pejabat Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Perdana Menteri yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Penyelewengan Akidah’ dan slot terakhir disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Masjuri, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berkongsikan maklumat berkaitan ‘Keperluan Tauliah Mengajar Agama di Bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan’.

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyempurnakan majlis dengan ucapan perasmian penutupan Majlis Muzakarah Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2022. Beliau berharap agar para pemegang tauliah dapat menyebarluaskan ajaran Islam mengikut pendekatan yang betul dan berhikmah serta melihat kepada semua pandangan dan maklumat sebelum menyampaikan sesuatu kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil dan kad tauliah kepada wakil pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.