Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PEMIKIR DAN PENULISAN FEQAH SIRI 1

KUALA LUMPUR, 10 MAC 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan kerjasama Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) telah menganjurkan Bengkel Pemikir dan Penulisan Fiqh Siri 1 secara hibrid.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan yang berpengaruh (influencer) dan pegawai penyelidik PMWP tentang fatwa-fatwa semasa yang telah dikeluarkan serta memberi pendedahan tentang kaedah penulisan isu fiqh dan isu semasa secara teori dan praktikal supaya kenyataan yang dikeluarkan mengenai isu-isu agama adalah selari dengan apa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama sebagai pihak berautoriti.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan seramai 108 orang peserta telah menghadiri bengkel pada kali ini.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Garis Panduan Penulisan dan Kenyataan Fiqh oleh Dr Syed Shahrizan bin Syed Mohamed dan Kaedah Menulis Kenyataan Isu Semasa Berasaskan Fiqh oleh Dr Mohd Hafiz bin Mahaiyadin dan moderator bengkel ialah Ustazah Asmak binti Hussin.