Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN (KHAS) BIL. 1/2022

PUTRAJAYA, 29 MAC 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 2/2022  secara hibrid di Dewan Syura, PMWP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri seramai 15 orang ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 3 kertas cadangan telah dibentangkan dalam mesyuarat ini bagi mendapatkan pandangan dan keputusan berdasarkan perbincangan ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.