Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGAWASAN DAN PENGAJARAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 2/2022

PUTRAJAYA, 5 APRIL 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil. 2/2022 secara bersemuka di Dewan Syura, PMWP. Mesyuarat ini telah dipegerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Perskutuan dan dihadiri 10 orang ahli Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan serta jemputan panel temu duga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat kali ini bagi mengesah dan meluluskan pentauliahan kepada sejumlah 124 peserta tauliah yang dinilai pada sesi temu duga siri 2/2022 dan siri 3/2022 daripada permohonan di Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Cawangan Putrajaya serta sesi temuduga siri 1/2022 bagi Cawangan Labuan. Manakala sejumlah 10 orang pemohon Tauliah khas juga telah diberi kelulusan.

Mesyuarat berakhir dengan penyampaian surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi sesi 2021 hingga 2024 yang disampaikan oleh Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.