Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT HIDAYAH CENTRE FOUNDATION KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 7 FEBRUARI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada Hidayah Centre Foundation (HCF) yang diketuai oleh Tuan Joannes Lukas, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HCF bersama ahli rombongannyadi ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Turut bersama-sama menyambut kehadiran ahli rombongan, SF Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan).

HCF merupakan sebuah yayasan berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Kunjungan HCF kepada Mufti Wilayah Persekutuan ini adalah untuk memperkenalkan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HCF yang baharu dan berkongsi beberapa projek mega anjuran HCF seperti Sedekah Ramadan, Projek Intergrated Masjid & Community Centre (IMCC) dan Lawatan Khas Sheikh Uthman Ibn Farouq ke Malaysia. Semoga pengenalan HCF ke pejabat ini dapat membina ukhuwah dan merealisasikan kerjasama startegik antara dua agensi.