Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN KEPADA PRESIDEN KESATUAN ULAMA AFRIKA SELATAN

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2023 - Sahibul Fadilah Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) mewakili Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut mesra kehadiran Maulana Abdul Khaliq Allie, Presiden Kesatuan Ulama Afrika Selatan dan wakil daripada NGO PINTAR ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Kuala Lumpur semalam. Turut bersama-sama menyambut kehadiran ahli rombongan, Encik Ahmad Noor Syaiful Azmi bin Mohammad Noor, Pegawai Tadbir Diplomatik Bahagian Khidmat Sokongan PMWP.

 

Pertemuan ini diadakan bagi mewujudkan hubungan kerjasama dua hala antara PMWP dengan Kesatuan Ulama Afrika Selatan. Selain itu, pertemuan tersebut turut melibatkan perbincangan ringkas antara PMWP dan NGO PINTAR dalam melaksanakan program daurah bacaan kitab yang dijangka akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri. Semoga program-program yang dirancang dapat direalisasikan dengan sempurna bagi memberi manfaat kepada semua di samping mengutuhkan lagi hubungan kerjasama baik antara dua negara.