Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN TERJEMAHAN KITAB MUQADDIMAH AL-MAJMUK SIRI 1/2023

PORT DICKSON, 20 JULAI 2023 - Sekali lagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Buhuth, PMWP mengadakan Bengkel Semakan Terjemahan Muqaddimah Kitab Al-Majmuk Siri 1/2023 selama empat hari tiga malam bermula pada 17 hingga 20 Julai 2023 di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Bengkel di bawah seliaan Sahibul Fadilah Ustaz Muhammad Abdul Hadi Abd Razak, Ketua Unit Buhuth ini telah melibatkan 14 orang pegawai penyelidik dan urusetia PMWP. Bengkel diadakan bertujuan bagi mengemas kini bahan semakan serta memurnikan terjemahan bahan-bahan penyelidikan yang telah diadakan sebelum ini.

Program disempurnakan dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Melalui majlis tersebut, SS Datuk Mufti mengingatkan agar Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorak masyarakat pada hari ini terutamanya dalam menyalurkan maklumat berkaitan hukum-hakam agama dan hal ehwal kefatwaan. Turut hadir meraikan majlis tersebut, Sahibul Fadilah Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan).