Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SS DATUK MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUNJUNGI DUA ORANG TOKOH ILMUAN

PUTRAJAYA, 21 JULAI 2023 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menerima undangan untuk bersama-sama dengan YB Senator Dato' Setia Dr. Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut kunjungan dua orang tokoh ilmuan iaitu Al-'Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, Mufti Besar India dan Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari, Penasihat Agama Kepada Presiden Republik Mesir di Pejabat Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Semoga pertemuan yang diadakan dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Mesir dengan pelagai program-program khususnya dalam bidang keilmuan dan kefatwaan.

Sumber Gambar: Facebook Dato' Setia Dr. Na'im