Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT SHEIKH DR. USAMAH SAYYID AL-AZAHARI KE PMWP

PUTRAJAYA, 1 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari, Penasihat Agama kepada Persiden Mesir pada 31 Julai 2023. Kehadiran delegasi Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azahari ke pejabat ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai-pegawai kanan PMWP dan para pegawai penyelidik PMWP.

Kehadiran beliau bersama mutiara ilmu dikongsikan kepada para pegawai PMWP terutamanya dalam memartabatkan ilmu Islam dan kesatuan umat Islam di seluruh negara. Semoga kehadiran beliau ke pejabat ini membawa keberkatan dan dapat mengukuhkan lagi jalinan yang terbina.

Dalam perkembangan berkaitan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan berkesempatan mengiringi YB Senator Dato' Setia Dr. Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bagi meraikan kepulangan Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari, Penasihat Agama kepada Presiden Mesir ke negara Mesir.