Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 1 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPO, JPA). Kehadiran delegasi PMWP disambut dengan mesra oleh Dato' Hj Pauzan Ahmar, Pengarah BPO, JPA disertai oleh pegawai-pegawai kanan daripada kedua belah pihak.

Beberapa isu berkaitan perjawatan, penyambungan pegawai kontrak serta cadangan penjenamaan semula PMWP sempena Jubli Emas 50 Tahun PMWP menjadi fokus utama perbincangan. Selain itu, peranan PMWP dan JPA khususnya dalam program-program pembangunan insan turut menjadi keutamaan antara kedua belah pihak dalam agenda membina penjawat awam dan masyarakat berteraskan pembangunan Malaysia Madani. Semoga kerjasama strategik ini dapat diperkasakan pada masa yang akan datang.