Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN PMWP KEPADA AKADEMI SUKAN, UPM

SERDANG, 1 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan pertemuan awal kepada pihak Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membina hubungan kerjasama strategik terutama dalam merealisasikan projek kejohanan sukan Pejabat/ Jabatan Mufti Seluruh Malaysia sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PMWP.

Pertemuan ini disambut baik oleh Dr. Samir Muhazzab bin Amin, Timbalan Pengarah Perundingan, Jaringan Komuniti dan Pembangunan, Akademi Sukan UPM yang mewakili pihak Akademi Sukan UPM bersama beberapa warga Akademi Sukan UPM. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada semua.