Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 3/ 2023

PUTRAJAYA, 2 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Istinbat PMWP telah menganjurkan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 3/ 2023 di Dewan Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya semalam. Majlis ini merupakan salah satu platform penyampaian wadah ilmu hal ehwal agama dan kefatwaan kepada para pemegang tauliah mengajar agama Islam yang berjaya dan baru dilantik.

Majlis tersebut menampilkan Sahibul Fadilah Ustaz Eizzul A'la bin Bajuri @ Mohamad, Penolong Mufti (Kanan), Bahagian Fatwa, PMWP sebagai pembentang dalam menyampaikan maklumat berkaitan "Syarat-syarat Tauliah Mengajar alAgama Islam di Wilayah Persekutuan". Majlis diteruskan dengan pembentang kedua daripada YBrs. Dr. Nik Abd Rahim bin Nik Abd Ghani, Pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan "Perubahan Fatwa-fatwa Mengikut Peredaran Zaman" dan pembentangan terakhir berkaitan "Isu-isu Penguatkuasaan Agama di Wilayah Persekutuan" daripada YBrs. Ustaz Haris bin Abdullah, Pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Majlis telah dihadiri seramai 54 para pemegang tauliah mengajar agama Wilayah Persekutuan dan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti yang berjaya dalam pentauliahan mengajar agama Islam bagi menyampaikan dakwah dan ilmu Islam kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan amnya. Majlis berakhir dengan perasmian penutupan yang dirasmikan oleh Sahibul Fadilah Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti (Fatwa).