Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN PMWP

LABUAN, 5 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) buat julung kalinya mengadakan Program Hari Bersama Pelanggan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan semalam.

Program ini merupakan turun padang PMWP yang berteraskan kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan kepada kumpulan sasar di Wilayah Persekutuan amnya. Program ini juga merupakan salah satu platform kepada masyarakat untuk mengemukan sebarang persoalan berkaitan hukum hakam agama kepada pihak berautoriti hal ehwal Islam disamping mendapatkan perkhidmatan yang disediakan seperti semakan tarikh lahir hijri, membeli bahan-bahan terbitan PMWP dan memberi maklum balas kepuasan pelanggan dan permohonan tauliah mengajar agama.
Diharapkan masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan mendapat perkhidmatan melalui program seumpama ini.

Program Hari Bersama Pelanggan ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dimeriahkan dengan kehadiran hampir 300 pengunjung masyarakat Labuan dan orang ramai.

Semoga pelaksanaan program seperti ini memberi input yang bermanfaat terutama berkaita hukum-hakam dan ilmu agama Islam amnya disamping membina hubungan baik dalam masyarakat setempat.