Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM TEMU MESRA PERINGKAT LABUAN

LABUAN, 5 OGOS 2023 - Sekali lagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengadakan Program Temu Mesra Peringkat Labuan di Masjid Al-Sultan Abdullah Kampung Sungai Bedaun, Labuan malam ini.

Program menampilkan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai panel bagi "Forum Maal Hijrah: Membina Keperibadian Diri Yang Unggul" dan dikendalikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai moderator forum tersebut.

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan buku PMWP, semakan tarikh lahir hijri, klinik hukum, cerapan langit malam dan lain-lain lagi serta kehadiran hampir 300 orang awam daripada masyarakat setempat di Labuan. Semoga mutiara ilmu yang disampaikan melalui program ini memberi input dan manfaat kepada semua yang hadir.