Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL DRAF SIGHAH FATWA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

SHAH ALAM, 18 OGOS 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Istinbat telah mengadakan Bengkel Sighah Fatwa Bersama Jabatan Peguam Negara Siri 2/2023 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 15 hingga 16 Ogos 2023. Bengkel tersebut telah diadakan bersama-sama dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk  fatwa-fatwa yang perlu dikuatkasakan di Wilayah Persekutuan. Bengkel kali ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang AGC.

Program diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 3/2023 pada 16 hingga 17 Ogos 2023 bagi meneliti Bajet 2024 yang dibentangkan oleh pihak MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selain membincangkan isu mengenai ajaran sesat.

Semoga hasil kerjasama antara agensi-agensi terlibat ini memperkasakan lagi hal ehwal kefatwaan dan memberi manfaat kepada masyarakat khasnya di Wilayah Persekutuan.