Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT YANG BERHORMAT DATO’ MUFTI JOHOR KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 9 OKTOBER 2024 - Kunjungan hormat Yang Berhormat Dato' Mufti Negeri Johor ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 9 Oktober 2024, hari Isnin sekitar jam 12.00 tengahari. Ketibaan Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato' Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor telah disambut baik oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam kesempatan kunjungan hormat ini, perbincangan antara Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Johor telah diadakan mengenai isu semasa dan kontemporari dalam memperkasa institusi kefatwaan dalam masyarakat. Kunjungan hormat seperti ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara jabatan-jabatan mufti di seluruh Malaysia dan mengukuhkan institusi kefatwaan Malaysia di peringkat antarabangsa.