Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM CELIK FATWA SIRI 1/2024

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Istinbat dengan kerjasama Pondok Moden Al-Abaqirah telah mengadakan satu Program Celik Fatwa. Program ini merupakan program celik fatwa yang pertama dianjurkan melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 6 Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP. Program ini dirasmikan oleh Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti (Fatwa).

Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan fatwa serta proses pengeluaran fatwa di Wilayah Persekutuan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan bahaya ajaran sesat yang sedang menular di Malaysia.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman berkenaan fatwa dalam kalangan pelajar. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pondok Moden Al-Abaqirah yang sudi menjadi destinasi pertama program ini. Program ini akan terus dilaksanakan di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.