Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LAWATAN USIM KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 23 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menyambut baik lawatan pelajar seramai 40 orang siswazah Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang(FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke jabatan ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan fungsi institusi kefatwaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di JMWP. Para siswazah juga berkesempatan untuk memperoleh info-info berkaitan proses pengeluaran fatwa, maklumat berkaitan falak, penerbitan bahan-bahan bacaan daripada jabatan ini melalui tinjauan ke beberapa bahagian yang terdapat di jabatan ini.

Lawatan ini telah disambut baik dan dipengerusikan oleh Sahibul Fadilah Ustaz Mohamad Sujak bin Mohamad Dasuki, Penolong Mufti (Fatwa) bersama beberapa Pegawai Mufti Kanan JMWP. Semoga lawatan para mahasiswa USIM ke jabatan ini memberi inspirasi serta gambaran realiti dalam ilmu kefatwaan yang mereka ceburi dalam bidang fiqh fatwa yang telah dipelajari.