KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER 2024 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Runding Cara Akidah dan Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) telah mengadakan Program Dialog Harmoni antara Budaya dan Agama bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Kuala Lumpur. Program ini menampilkan tiga orang panel yang mewakili iaitu Tuan Haji Noli bin Husain, En. Mark Tan, En. Thurai Chantheran dan En. Kamarul Zaman bin Noor Mohamed sebagai moderator program.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah. Ia turut dihadiri oleh peserta dari pelbagai agama dan kaum. Sesi diolog ini berlangsung selama tiga jam dengan dua pusingan kemudian diikuti dengan soalan daripada peserta.
Antara objektif program dakwah ialah untuk mempertingkatkan hubungan baik dalam kehidupan masyarakat majmuk khususnya di Wilayah Persekutuan.