Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (TKSUK)

PUTRAJAYA, 25 NOVEMBER 2024 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabat beliau hari ini.

Kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Amanah JMWP yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, TKSUK JPM dengan dihadiri beberapa pegawai kanan TKSUK iaitu Puan Inu Baizura, Setiausaha Bahagian Kewangan JPM dan Puan Norliza, Ketua Akauntan JPM. Mesyuarat Jawatankuasa Amanah ini bertujuan untuk membentang, memantau dan melaporkan Prestasi Perbelanjaan Akaun Amanah JMWP. Semoga kunjungan yang diadakan mendatangkan manfaat kepada semua pihak.