Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS TAUSIAH SYAHRI AKHIR TAHUN 2024 JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 17 DISEMBER 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Majlis Tausiah Syahri Akhir Tahun 2024 JMWP di Dewan Syura, JMWP hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan penyampaian tausiah oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk ‘Finale 2024: Hikmah dan Muhasabah’.

SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan buat semua warga JMWP yang telah berjaya melaksanakan segala tugasan yang telah disasarkan sepanjang tahun 2024 ini dengan sebaiknya melalui pelaksanaan program-program kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakat, penerbitan bahan bacaan JMWP, pengeluaran fatwa dan artikel berkaitan hukum-hakam agama untuk bacaan masyarakat awam, kerja-kerja penetuan arah kiblat dan cerapan serta banyak lagi. SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman juga berharap agar warga JMWP akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan jayanya pada tahun-tahun yang mendatang.

Di kesempatan yang ada, majlis meraikan para pegawai JMWP yang telah membina rumah tangga dan menyambut kelahiran anak pertama sepanjang tahun 2024 ini. Majlis juga meraikan perpisahan salah seorang staf JMWP yang akan melanjutkan pelajarannya di Kolej Institut Jantung Negara pada tahun hadapan. Semoga JMWP terus memacu kecemerlangan dalam menfatwakan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan secara proaktif dan efisien.