Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 19 DISEMBER 2024

PUTRAJAYA, 19 Disember 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) hari ini menjadi tuan rumah bagi beberapa pertemuan penting dengan tokoh-tokoh dan delegasi dari pelbagai institusi Islam untuk membincangkan kerjasama strategik dan isu-isu semasa umat Islam.

Pertemuan dimulakan dengan lawatan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Tuba Hacer Korkmaz, Ketua Jabatan Fiqh dan Usul dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Fatih Sultan Mehmet Vakıf, Istanbul. Diskusi bersama Mufti Wilayah Persekutuan memfokuskan kepada potensi kerjasama dua hala dalam bidang pengajian Islam dan kefatwaan antara PMWP dan universiti tersebut.

Seterusnya, delegasi daripada PEKIDA Malaysia Pekida Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Fuad Bin Hj Mat Isa, Presiden PEKIDA Malaysia, hadir ke Ibu Pejabat PMWP. Perbincangan meliputi langkah strategik untuk memperkukuh dakwah dan memperbaiki hal ehwal umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Di samping itu, YBhg. Tuan Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK, bersama YBhg. Dr. Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan, turut hadir ke Ibu Pejabat PMWP. Agenda pertemuan mereka tertumpu kepada isu-isu berkaitan pengurusan hal ehwal Islam serta cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam.

Sebelah petang pula, delegasi dari Jabatan Pengurusan Syariah PNB yang diketuai oleh YBhg. Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, Ketua Pengurusan Syariah PNB, hadir bersama ahli rombongan termasuk Al-Fadhil Ustaz Zaki Fadhil bin Azizan dan Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Izzat bin Wan Ahmad Sanadi. Perbincangan mereka menumpukan kepada isu zakat, hukum-hakam Islam, dan perkembangan semasa dalam pengurusan syariah.

Keseluruhan pertemuan ini menggambarkan komitmen berterusan PMWP dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak, sekali gus menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan umat Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.