Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DELIGASI DARI PERGERAKAN BELIA INDIA MUSLIM MALAYSIA (GEPIMA) KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 26 Disember 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Masjid India dan Maktabah al Zahrah dari Kelantan.

Kunjungan hormat oleh GEPIMA diketuai oleh Dato' Hishamudin bin Tan Sri S.O.K Ubaidulla, Penasihat Pergerakan Belia India Muslim dan delegasi dari Masjid India diketuai oleh YBhg. Muhammad Nasrul Haq bin Abdul Latif dan Maktabah al Zahrah diketuai oleh Tuan Haji Zaidi bin Hassan. Perbincangan berkisar hal ehwal pentadbiran umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan perkembangan isu-isu semasa.

Keseluruhan pertemuan ini menggambarkan komitmen berterusan JMWP dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak, serta menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan umat Islam di pelbagai peringkat.