Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (JMWP)

PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2025 - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Wilayah Persekutuan (JUPEM) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) hari ini. Delegasi seramai tiga orang diketuai oleh Tuan Haji Sr. Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutan telah menyambut ketibaan delegasi ini dengan mesra.

Kesempatan daripada kunjungan hormat bersama Mufti Wilayah Persekutuan ini dimanfaatkan untuk membincangkan pelbagai isu dan hukum-hakam berkaitan hal ehwal tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, perbincangan turut menyentuh berkenaan hukum-hakam bagi isu-isu semasa. Kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua jabatan, sekali gus meneroka peluang kerjasama strategik terutama dalam hal ehwal falak.

Diharapkan pertemuan ini akan membuka peluang kerjasama erat antara JMWP dan JUPEM dalam memartabatkan Islam ke arah yang lebih proaktif.