Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS TAUSIAH: PENGGUNAAN AI DALAM FATWA

PUTRAJAYA, 22 JANUARI 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Tausiah bersama Sheikh Sayyid Syaltut Al-Azhari Al-Hasani, Amin al-Fatwa Darul Ifta’ Mesir. Tajuk tausiah yang disampaikan adalah “Penggunaan AI Dalam Fatwa”, yang bertujuan memberikan pandangan dan pencerahan tentang penerapan teknologi kecerdasan buatan dalam proses pengeluaran fatwa. Majlis ini dimulakan dengan ucaptama daripada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan perkongsian daripada Sheikh Sayyid Syaltut berkaitan bagaimana teknologi moden boleh diaplikasikan dalam bidang kefatwaan.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kehadiran YB Menteri menunjukkan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif bagi mengintegrasikan teknologi dalam agensi-agensi agama demi mencapai lima teras strategik Pelan al-Falah.

Diharapkan daripada pertemuan ini dapat melestarikan lagi institusi kefatwaan dengan teknologi-teknologi baru yang akan membantu dalam pengeluaran fatwa. Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan fungsi institusi fatwa tetapi juga memastikan penerapan teknologi dibuat dengan tatacara yang betul. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan komited untuk terus menjadi peneraju dalam memperkasakan institusi kefatwaan dengan kemajuan teknologi terkini.