Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MUZAKARAH PERDANA MADANI 2025 DAN AMANAT YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) BERSAMA PEMEGANG TAULIAH AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 21 MAC 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Majlis Muzakarah Perdana Madani 2025 dan Amanat Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan di The Everly Hotel, Putrajaya hari ini dengan kehadiran hampir 500 orang tetamu jemputan.

Program diisi dengan majlis keilmuan berbentuk forum yang bertajuk ‘Aqidah Murni Pemacu Ummah Madani’ oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani binti Mohd Safian, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan YBrs. SAC Zairul Naim bin Lomak, Penolong Pengarah E2,PDRM serta dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Mohammad Akmal Amin bin Mahamat, Penolong Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup Muzakarah Perdana Madani 2025 dan Amanat Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan ucapan dan amanat oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sekali gus mewakili Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada tetamu jemputan dan semua pemegang tauliah mengajar agama Islam Wilayah Persekutuan yang hadir.

Majlis berakhir dengan iftar perdana bersama para pemegang tauliah mengajar agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga kehadiran semua tetamu jemputan beroleh manfaat dan menjadi pedoman kepada semua pihak.