Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

SABAK BERNAM, 19 APRIL 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kolaborasi bersama jemaah Masjid An-Naim Batu 37 Darat dan JPPK telah mengadakan Program Satu Pemimpin Satu Kampung(Santuni Madani) Sambutan Hari Raya di Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam, Selangor.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara institusi agama dan masyarakat melalui pendekatan turun padang serta pelaksanaan aktiviti keilmuan dan kebajikan di peringkat komuniti khususnya di kampung kelahiran ketua jabatan agensi Persekutuan.

Delegasi daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 20 orang pegawai telah bertindak sebagai urus setia bagi menjayakan program ini bagi menyantuni masyarakat kampung. Delegasi diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara pengisian utama termasuk tausiyyah ringkas, jamuan hari raya serta penyampaian duit raya kepada kanak-kanak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan yang turut menyampaikan amanat kepada masyarakat agar terus memperkukuh nilai-nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Beliau juga berkesempatan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sebagai sumbangan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Masjid An-Naim. Program ini diakhiri dengan Jamuan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwwah.