Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT UIS DAN ISLAMI KE PEJABAT MUFTI WILYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 4 JUN 2025 – Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima dua kunjungan hormat di pejabat beliau semalam.

Kunjungan pertama adalah daripada delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) yang diketuai oleh YBrs. Encik Rosli bin Mokhtar, Pensyarah UIS, bagi memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dan dakwah.

Seterusnya, Pejabat Mufti turut menerima kunjungan daripada Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) yang diketuai oleh YM Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin, Pengerusi ISLAMI. Pertemuan ini membincangkan isu-isu keilmuan semasa serta usaha memperkasa kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan atas kunjungan dan komitmen kedua-dua pihak dalam memartabatkan syiar Islam.