Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

CERAMAH R&R (RESET & RISE) KECERDASAN EMOSI DAN STRATEGI PSIKOLOGI DALAM PEMBUDAYAAN PRESTASI CEMERLANG

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Unit Latihan dan Integriti, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Ceramah R&R (Reset & Rise) bertajuk “Kecerdasan Emosi dan Strategi Psikologi dalam Pembudayaan Prestasi Cemerlang” di Dewan Syura JMWP.

Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Ceramah kemudiannya disampaikan oleh Puan Fadilla Hanim binti Ariff, Pegawai Psikologi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), yang memberi pendedahan tentang personaliti diri dan pengaruhnya terhadap gaya bekerja serta komunikasi, di samping strategi mengurus emosi dan tekanan bagi meningkatkan prestasi kerja.

Program turut melibatkan sesi ice-breaking dan penilaian psikologi bagi mengenal pasti kecenderungan personaliti peserta. Pengisian ceramah menekankan kepentingan mengenali diri, membina empati, memahami kekuatan individu, mengelakkan pelabelan serta mengamalkan regulasi kendiri.

Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan kesedaran kendiri dan kefahaman terhadap kepelbagaian personaliti, seterusnya membantu membina komunikasi dan persekitaran kerja yang lebih positif, harmoni dan produktif.

#FatwaMemayungiUmmah
#FatwaRahmah #MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MADANIMembantu #KitaKawan
#SebarkanSalam #JomSolat
#MuftiWilayah #JMWP