Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SAMPAIKAN TAUSIAH KHAS DI MALAM UKM BERSELAWAT

BANGI, 20 September 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyampaikan tausiah khas sempena Malam UKM Berselawat yang berlangsung di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), malam ini. Program bersempena Minggu Tekad Siswa UKM itu menghimpunkan kira-kira 4,000 mahasiswa dalam suasana penghayatan ilmu dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Dalam tausiahnya, Mufti Wilayah Persekutuan menekankan kepentingan membudayakan amalan membaca, khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai asas memperkukuh ilmu dan membina kematangan diri. Beliau turut mengingatkan para mahasiswa agar memanfaatkan usia muda dengan sebaik-baiknya dan tidak mensia-siakan tempoh berharga tersebut dalam membina ilmu, akhlak serta mempersiapkan diri untuk memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, bersama barisan pengurusan universiti serta warga UKM. Majlis turut diserikan dengan alunan selawat yang menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan mahasiswa.